awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Pelaburan Google dalam SpaceX boleh cecah AS$100 bilion menjelang IPO
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemeriksaan kenderaan percuma di PUSPAKOM

Bernama
Bernama
09/07/2014
23:52 MYT
Pemeriksaan kenderaan percuma di PUSPAKOM
Pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma ini merangkumi lapan peringkat pemeriksaan menyeluruh
Bermula hari ini,PUSPAKOM menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian seluruh negara.
Dalam kenyataan media dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, pemeriksaan percuma ini merupakan salah satu komitmen dan tanggungjawab korporat PUSPAKOM dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan keselamatan kenderaan.
“Tiada yang lebih penting daripada sampai ke destinasi dengan selamat bersama-sama orang yang tersayang, khususnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan kenderaan ini penting kerana ianya merupakan salah satu kaedah yang terbaik bagi memastikan keadaan kenderaan selamat ketika berada di jalan raya, malah dapat menjaminkan keselamatan semua pengguna jalan raya,” tambah beliau.
Pengguna hanya perlu menghubungi cawangan PUPAKOM berdekatan untuk membuat temujanji untuk mendapatkan waktu pemeriksaan yang sesuai.
Inisiatif terbaru puspakom ini dilihat penting dalam memastikan keadaan kenderaan baik dan selamat menjelang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri nanti.
Pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma ini merangkumi lapan peringkat pemeriksaan menyeluruh, iaitu pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas & bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin.
Untuk makluman lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 6927 atau layari www.puspakom.com.my
Topic Berkaitan
#kenderaan
#Puspakom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan