awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Nama tidak tersenarai, Tun Faisal buat rayuan hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2013
00:15 MYT
Pemilihan UMNO: Nama tidak tersenarai, Tun Faisal buat rayuan hari ini
Bekas exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pemilihan hari ini untuk terus bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti 19 Oktober depan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya malam tadi selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT UMNO.
Alasan bahawa borang tak diserah tak benar; jika x serah, tak mungkin dpt cop no calon & cop terima http://t.co/Gnp91wXz85
— Tun Faisal (@tunfaisal) September 25, 2013
Rayuan itu dibuat ekoran namanya tiada dalam senarai calon-calon yang telah disahkan bakal bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Difahamkan Pengerusi Unit Media Baru parti itu tidak melepasi syarat minimum untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.
Syarat minimum untuk bertanding jawatan tersebut ialah setiap calon perlu menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal.
Berita nama Tun Faisal yang digugurkan dari senarai akhir calon MT UMNO itu mendapat reaksi banyak pihak antaranya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Saya doakan agar @tunfaisal dibenarkan untuk bertanding MT. Dia telah buktikan lebih bekerja dari ramai yang pegang jawatan di bahagian.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 25, 2013
Senarai nama calon-calon yang bertanding pada peringkat tertinggi dan sayap parti UMNO diserahkan kepada media selepas sidang akhbar mengenainya dibuat pada petang Rabu.
Pada sidang akhbar tersebut hanya nama Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Othman diumumkan telah menarik diri daripada senarai calon Naib Wanita UMNO.
Topic Berkaitan
#digugurkan
#MT UMNO
#pemilihan
#Rahman Dahlan
#Tun Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan