awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang

Bernama
Bernama
17/09/2023
15:46 MYT
Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang
Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin, di sini.
Bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian daripada isteri mangsa kira-kira 6 petang.
"Ketika mendapat panggilan tersebut (daripada isteri mangsa), saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.
"Saya terus ke Hospital Machang, namun dimaklumkan mayat anak saudara saya masih berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Zuki berkata kali terakhir beliau bertemu anak saudaranya yang berusia 37 tahun itu kira-kira sebulan lepas.
"Saya dimaklumkan anak saudara yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan untuk bengkelnya," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik bengkel
#ditembak
#machang
#Kampung Hutan Kuin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan