awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik dan pengasas Vida Beauty mengaku salah gagal kemuka penyata GST

Bernama
Bernama
15/12/2016
06:05 MYT
Pemilik dan pengasas Vida Beauty mengaku salah gagal kemuka penyata GST
Hasmiza Othman membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran. - Gambar fail
Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa melakukan kesalahan itu sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#datuk vida
#GST
#Hasmiza Othman
#kes mahkamah
#penyata cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan