awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin GPS selesai menghadap Agong

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
14/06/2021
04:25 MYT
Pemimpin GPS selesai menghadap Agong
Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mempersembahkan tiga perkara penting dalam usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 serta pelan tindakan untuk ekonomi Sarawak. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak
KUCHING: Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang diadakan secara maya di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Pertemuan selama 30 minit itu melibatkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.
Dalam sesi tersebut Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mempersembahkan tiga perkara penting dalam usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 serta pelan tindakan untuk ekonomi Sarawak.
Antaranya,program vaksinasi di negeri ini akan dipercepatkan dan diselesaikan pada bulan Ogos bagi mencapai imuniti kelompok.
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara atas talian. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara atas talian. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak
Selain itu kestabilan pentadbiran kerajaan dalam memastikan program ekonomi dan pengurusan COVID-19 dapat dijalankan dengan baik serta pelaksanaan Pelan Keluar Ekonomi Pasca COVID-19.
Sementara itu, tiga presiden parti komponen GPS dalam kenyataan bersama bersetuju dengan usul yang dibentang kepada Yang di-Pertuan Agong pada sesi tersebut.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah
#Ketua Menteri
#PBB
#COVID-19
#program vaksinasi
#imuniti kelompok
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Tan Sri James Jemut Masing
#Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan