awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah

Agensi
Agensi
22/02/2026
23:06 MYT
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah
Kim Jong Un menghadiri Kongres Kesembilan Parti Buruh Korea (WPK) di mana beliau dipilih semula sebagai Setiausaha Agung, di Pyongyang, Korea Utara. - Gambar Reuters
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula sebagai Setiausaha Agung Parti Buruh yang memerintah pada satu kongres yang jarang diadakan, lapor media kerajaan pada Isnin (23 Feb).
Keputusan itu dibuat pada Ahad - hari keempat kongres berkenaan “selaras dengan kehendak yang tidak berbelah bahagi dan hasrat sebulat suara semua perwakilan”, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Menurut laporan itu lagi, di bawah kepimpinan Jong Un, "keupayaan negara untuk mencegah peperangan - dengan kekuatan nuklear sebagai tunjangnya telah dipertingkatkan secara drastik.”
Kongres parti yang diadakan sekali setiap lima tahun ini memberi sedikit gambaran kepada dunia luar tentang hal ehwal dalaman Korea Utara, sebuah negara yang hampir semua maklumat asas sekalipun dirahsiakan.
Perhimpunan itu menentukan hala tuju negara dalam pelbagai perkara - daripada pembinaan rumah hinggalah kepada perancangan peperangan.
Dalam ucapannya ketika membuka kongres pada Khamis, Jong un berikrar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, sekali gus menunjukkan tekanan ekonomi yang sedang dihadapi negara tersebut akibat sekatan antarabangsa.
“Pada hari ini, parti kita berdepan tugas sejarah yang berat dan mendesak untuk meningkatkan pembinaan ekonomi, menaikkan taraf hidup rakyat serta mentransformasikan semua aspek kehidupan negara dan masyarakat secepat mungkin,” kata Jong Un.
Selama beberapa dekad, senjata nuklear dan kekuatan ketenteraan menjadi keutamaan di Korea Utara, walaupun bekalan makanan semakin berkurangan hingga membawa kepada kebuluran.
Namun, sejak mengambil alih kuasa pada 2011, Jong Un turut menekankan kepentingan mengukuhkan ekonomi negara yang serba kekurangan itu.
Pada kongres parti terakhir pada 2021, Jong Un secara luar biasa mengakui bahawa kesilapan telah dilakukan dalam “hampir semua bidang” pembangunan ekonomi.
Beliau juga telah menyatakan bahawa kongres tahun ini akan membentangkan fasa seterusnya dalam program senjata nuklear negara itu.
Media kerajaan pada Isnin melaporkan, dalam sesi Ahad, parti turut mengundi untuk meminda peraturannya sendiri bagi “mengukuhkan barisan parti secara berkualiti” serta memastikan “ketelusan dalam pelaksanaan disiplin parti."
Ini merupakan kali kesembilan Kongres Parti Buruh diadakan sejak pemerintahan berpuluh tahun keluarga Jong Un.
Mesyuarat tersebut pernah digugurkan semasa pemerintahan ayahnya, Kim Jong Il, tetapi dihidupkan semula pada 2016.
Jong Un telah bertahun‑tahun membina dan mengukuhkan budaya pemujaan terhadap dirinya di negara yang sangat tertutup itu, dan kongres ini menjadi satu lagi peluang untuk menunjukkan pegangan penuhnya terhadap kuasa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#Parti Buruh
#parti pemerintah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan