awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda lemas ketika mandi di Sungai Kedondong

Bernama
Bernama
23/08/2024
12:55 MYT
Pemuda lemas ketika mandi di Sungai Kedondong
Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Sungai Kedondong Batang Kali, Kuala Kubu Baharu tengah hari tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Sungai Kedondong Batang Kali, Kuala Kubu Baharu tengah hari tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu Penolong Penguasa Bomba Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata mayat pemuda 24 tahun, yang identiti belum dapat dikenal pasti, ditemukan pada pukul 12.50 tengah hari, pada kedalaman dua meter.
Beliau berkata seorang pegawai serta enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari.
"Mayat telah dihantar ke hospital Kuala Kubu Baharu untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan aktiviti air agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak dan ahli keluarga terutamanya ketika musim hujan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuda lemas
#mandi
#Sungai Kedondong
#Kuala Kubu Baharu
#batang kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan