awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut, kereta bertembung lori di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
18/06/2016
10:00 MYT
Pemuda maut, kereta bertembung lori di Kota Tinggi
Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori.
Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM3, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Kota di sini, hari ini.
Dalam kejadian 4.35 pagi itu, Mohd Ilham Ismail, 21, yang memandu kenderaan Proton Wira dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler membawa baja yang menuju ke Kota Tinggi.
Susulan kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Kampung Jawa Dalam, Kota Tinggi di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman hari ini.
"Pemandu treler, Zolkefly Ngadnan, 50, tidak cedera," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan jalan empat lorong dua hala yang lurus dan bergarisan putih berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya sambil mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan member tumpuan sepenuhnya ketika di jalan raya.
Topic Berkaitan
#kereta bertembung
#Kota Tinggi-Kluang
#Lori
#pemuda maut
#Taman Kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan