awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penagih dadah golongan belia semakin ramai - AADK

Bernama
Bernama
13/02/2016
00:57 MYT
Penagih dadah golongan belia semakin ramai - AADK
Timbalan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin (berdiri depan, enam kiri) bersama anggota Skuad Antidadah 1Malaysia seluruh Pahang selepas melancarkan Jelajah AADK Peringkat Negeri Pahang di Kuantan Parade. -fotoBERNAMA
Jumlah golongan belia yang menghisap dadah berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat peningkatan sebanyak 804 orang tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Azizan Ariffin berkata penagih dadah dalam kumpulan umur 19 hingga 39 tahun direkodkan seramai 15,128 tahun lepas berbanding 14,324 pada 2014.
"Jumlah ini termasuk kes baharu dan kes berulang. Situasi ini membimbangkan kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Oleh itu, perlu ada satu formula terbaik untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah AADK Ekspedisi Membanteras Dadah peringkat negeri di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Azizan berkata jumlah penagih remaja berusia 13 tahun hingga 18 tahun juga meningkat tahun lepas iaitu 557 berbanding 544 pada tahun sebelumnya.
"Semakin ramai penagih muda sekarang ini. Kita memerlukan lebih banyak program kesedaran mengenai bahaya dadah di sekolah bagi memastikan mereka sedar dadah memang musuh nombor satu negara," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat 12 lokasi 'panas' yang dikenal pasti AADK sebagai kawasan penagihan dadah berisiko tinggi di Pahang termasuk di sekitar bandar Kuantan, pekan Rompin, bandar Pekan, Temerloh, Raub dan Bentong.
Katanya jumlah penagih dadah di Pahang turut merekodkan peningkatan apabila terdapat seramai 2,066 orang tahun lepas berbanding 1,903 pada 2014 iaitu meningkat sebanyak 163.
Topic Berkaitan
#Agensi Antidadah Kebangsaan
#Azizan Ariffin
#Dadah
#golongan belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan