awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan pegawai dan anggota kastam kerjasama JKDM dan SPRM

Bernama
Bernama
02/10/2014
15:33 MYT
Penahanan pegawai dan anggota kastam kerjasama JKDM dan SPRM
25 pegawai kastam telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat. -Gambar fail
Penahanan pegawai kanan dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang disyaki terbabit dalam rasuah baru-baru ini adalah hasil kerjasama jabatan itu sendiri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam usaha meningkatkan kembali imej dan integriti mereka.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kerjasama JKDM dan SPRM itu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan membanteras gejala rasuah dalam bidang penguatkuasaan negara.
"Ini adalah satu perjalanan untuk meningkatkan lagi integriti di jabatan itu, kita minta masyarakat tidak melihat ia sebagai satu sudut yang negatif, ia adalah satu proses pembersihan.
Malah gejala rasuah itu tidak melibatkan seluruh pegawai kastam, yang penting adalah bagaimana perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan ia dicegah pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.
Abu Kassim berkata pihaknya melalui bahagian perundingan dan pemeriksaan juga akan bekerjasama dengan jabatan itu dalam mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang berisiko tinggi terhadap aktiviti penyelewengan dan rasuah.
"Ketika ini Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai pengaliran keluar wang haram yang cukup tinggi di dunia. Oleh itu selain dari kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai, bahagian perundingan dan pemeriksaan (SPRM) akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh," katanya.
Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota jabatan itu ditahan sejak 3 Sept lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah membabitkan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.
Daripada jumlah itu, 25 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.
Penahanan semua individu itu hasil pemantauan lebih setahun di kawasan PKFZ.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan