awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahan kuota haji pada saat akhir - Abdul Azeez

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/03/2018
14:01 MYT
Penambahan kuota haji pada saat akhir - Abdul Azeez
ABDUL AZEEZ: Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi 2018 berjumlah 30,200 orang dan proses penambahan hanya akan dilakukan pada saat akhir. - BERNAMA/Fail
Kuota jemaah haji mungkin akan diberi penambahan pada saat akhir.
Itu keyakinan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tentang jumlah kuota jemaah haji akan diberikan kepada Malaysia tahun ini.
Katanya, kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi 2018 berjumlah 30,200 orang – seperti tahun lepas – dan proses penambahan akan dilakukan sebelum musim haji bermula.
“Tahun lalu, kita dapat lebih 15,000 (penambahan) atas hasil perbincangan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Raja Salman Abdulaziz.
“Bagi 2018, kami belum dapat apa-apa tetapi saya yakin usaha sama keakraban diantara dua pemimpin ini, rakyat Malaysia akan dapat penambahan kuota.
“Tetapi lazimnya, kita akan dapat hanya di hujung-hujung… penambahan tidak boleh diberikan awal kerana mereka (kerajaan Arab Saudi) perlu tentukan kuota bagi semua negara dahulu, hanya jika ada baki mereka akan beri keutamaan kepada Malaysia,” jelasnya.
Abdul Azeez berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Tanah Peserta-Peserta Felcra Berhad Kawasan Iboi Tiak di sini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan Arab Saudi perlu menentukan semua negara selesai menghantar senarai jemaah mereka, dan jika ada kekosongan, barulah penambahan kuota akan diberi kepada Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah yang telah menerima surat tawaran agar segara menjawabnya bagi memudahkan proses permohonan visa.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#kuota haji 2018 malaysia
#Najib Razak
#Raja Salman
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan