awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran: 463 kawasan di Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2021
04:33 MYT
Pencemaran: 463 kawasan di Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di sungai berkenaan.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima (5) wilayah air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Sungai Semenyih
#pencemaran
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan