awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang, Rawang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/11/2020
01:00 MYT
Pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang, Rawang
LUAS dan Air Selangor mengesan pencemaran bau di udara berhampiran kawasan perumahan Saujana, Rawang pada tengah malam tadi. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor mengesan pencemaran bau di udara berhampiran kawasan perumahan Saujana, Rawang pada tengah malam tadi.
Persampelan bau air Sungai Kundang telah dibuat berhampiran kawasan tersebut dan mendapati pencemaran bau dikesan pada kadar 4 TON.
"Siasatan awal dibuat mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang telah melimpah disyaki bocor kemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran.
"LUAS dan AIR Selangor mengambil tindakan dengan meletakkan 14 beg activated carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, LUAS berkata pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.
"Tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Lembaga Urus Air Selangor
#Air Selangor
#Saujana Rawang
#IWK Taman Volex
#gangguan bekalan air
#henti tugas
#LRA
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan