awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2021
01:19 MYT
Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor
Bekalan air di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kini mencapai tahap 92.2 peratus pemulihan setakat 7 pagi hari ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kini mencapai tahap 92.2 peratus pemulihan setakat 7 pagi hari ini.
Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.
"Air Selangor ingin menyarankan agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
"Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," kata kenyataan Air Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Air Selangor turut berkongsi infografik yang menunjukkan lima daerah terjejas kembali pulih secara berperingkat.
Sehingga jam 7.00 pagi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92.2%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air adalah seperti tertera. Klik di sini bagi info penuh https://t.co/0SDrDh61z0#AirSelangor #HentiTugas pic.twitter.com/SHn8tM9VWd
— Air Selangor (@air_selangor) September 4, 2021
Berdasarkan infografik tersebut, bekalan air di wilayah Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.
Manakala, Hulu Langat 92.6 peratus dan Petaling 81.4 peratus.
Pada Jumaat, Air Selangor memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kendaliannya terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada jam 5.15 petang susulan insiden pencemaran bau dikesan pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada jam 5:15 petang, hari ini berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih. Maklumat lanjut https://t.co/Wvf5kBq8ze#AirSelangor #HentiTugas pic.twitter.com/Vbfbnblc7R
— Air Selangor (@air_selangor) September 3, 2021
Susulan itu, Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan air bersih di 463 kawasan di Selangor dan Putrajaya selain menggerakkan 94 lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas.
"Gangguan bekalan air tidak berjadual di kesemua 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6 pagi, 6 September 2021."
BACA: LRA Sg Semenyih kembali beroperasi, dijangka pulih sepenuhnya 6 September
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, 6 September 2021. #AirSelangor #HentiTugas pic.twitter.com/QLPkDjD4ob
— Air Selangor (@air_selangor) September 4, 2021
Pengguna boleh mengajukan pertanyaan dan aduan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#loji rawatan air
#LRA Sungai Semenyih
#pencemaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan