awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuci kereta tidak mengaku salah pukul isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2023
07:53 MYT
Pencuci kereta tidak mengaku salah pukul isteri
L Daneshwaran, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan memukul isterinya, bulan lalu.
L Daneshwaran, 30, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja kuning, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul S Kasturi, 29, di sebuah unit pangsapuri di Jalan 5/3 Bandar Puchong Jaya di sini pada 12.30 tengah malam, 29 Jun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323 kanun serupa.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad Mohamad Faiz mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
"Pihak pendakwaan juga memohon agar dia dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai," katanya.
Bagaimanapun, peguam, Datin Raj Preet Kaur yang mewakili tertuduh, merayu agar kadar itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung keluarga.
“Dia perlu menanggung ibu bapa dan dua anak yang berusia tiga serta dua tahun,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Shahril Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 September depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul isteri
#pencuci kereta
#kes mahkamah
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan