awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR disambung semula esok

Bernama
Bernama
18/05/2022
13:21 MYT
Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR disambung semula esok
Sejak Isnin, pasukan SAR menemukan sebahagian dan cebisan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita berkenaan. - Gambar fail
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, Ahad lepas disambung semula esok.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata operasi yang memasuki hari keempat berkenaan ditangguhkan pada 6 petang tadi dan akan disambung semula 8 pagi esok.
"Gerak kerja hari ini dipecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan satu memperluas operasi pencarian ke kawasan laluan air melalui terowong laluan air melepasi jalan raya utama dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).
"Bantuan jentera daripada syarikat konsesi Belati Wangsa juga digunakan bagi menggali tanah dan serpihan kayu balak yang menutupi terowong laluan air berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cerita Sebalik Berita: Perkembangan dua pendaki hilang di Gunung Suku
Beliau berkata pasukan kedua pula meneruskan pencarian di laluan kepala air bermula dari bawah ke atas dan lebih memfokuskan kepada kawasan longgokan batang buluh dan kayu balak.
Sejak Isnin, pasukan SAR menemukan sebahagian dan cebisan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita berkenaan.
Kedua-dua wanita itu yang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian pada 5 pagi, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki hanyut
#kepala air
#Gunung Suku
#simpang pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan