awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwa raya Istanbul failkan pertuduhan terhadap Netanyahu, 34 lagi berhubung serangan ke atas GSF

Astro AWANI
Astro AWANI
12/04/2026
02:51 MYT
Pendakwa raya Istanbul failkan pertuduhan terhadap Netanyahu, 34 lagi berhubung serangan ke atas GSF
Aktivis di atas kapal Global Sumud Flotilla sedang dalam perjalanan ke Gaza melalui laut untuk menghantar bantuan kemanusiaan apabila tentera laut Israel melancarkan serangan di perairan antarabangsa. - Foto fail/REUTERS
Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul memfailkan pertuduhan terhadap 35 individu termasuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, berhubung campur tangan bersenjata terhadap Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun lepas.
Menurut Anadolu Ajansi, pertuduhan itu menuntut hukuman penjara seumur hidup yang lebih berat selain hukuman penjara antara 1,102 tahun sembilan bulan hingga 4,596 tahun bagi setiap tertuduh atas pelbagai kesalahan termasuk jenayah terhadap kemanusiaan, genosid, rampasan kebebasan, penyeksaan, kerosakan harta benda, rompakan, serta menghalang, merampas atau menahan kenderaan pengangkutan.
Menurut kertas pertuduhan itu, aktivis di atas kapal Global Sumud Flotilla sedang dalam perjalanan ke Gaza melalui laut untuk menghantar bantuan kemanusiaan apabila tentera laut Israel melancarkan serangan di perairan antarabangsa.
Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa susulan serangan berkenaan, pejabat pendakwa raya telah memulakan siasatan berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, Perkara 15 Kanun Tatacara Jenayah Türkiye, serta Perkara 12 dan 13 Kanun Keseksaan Turki yang berkaitan dengan bidang kuasa.
Pada September 2025, tentera Israel menghalang Global Sumud Flotilla dalam apa yang disifatkan penganjur sebagai campur tangan yang menyalahi undang-undang, menaiki kapal, menahan sukarelawan dan membawa mereka ke Israel.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#serangan
#Israel
#Benjamin Nentanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan