awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwah bebas Ismail Kamus kini dirawat di ICU HKL

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
05:38 MYT
Pendakwah bebas Ismail Kamus kini dirawat di ICU HKL
Ismail, 72, yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu. - Gambar Facebook
Tokoh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.
"Buat masa ini Tuan Guru masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di ICU, Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.
Abdul Hadi turut mengajak seluruh umat Islam agar mendoakan kesihatan Ismail agar beliau dapat terus berbakti pada masyarakat.
Ismail, 72, yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.
Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber Facebook perubatandarussalam
Topic Berkaitan
#ADUN
#Gombak Setia
#Hospital Kuala Lumpur
#ICU
#ismail kamus
#PAS
#Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan