awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan pemandu teksi KKIA terjejas

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2022
21:15 MYT
Pendapatan pemandu teksi KKIA terjejas
Shamsuddin (tengah) bersama pemandu teksi KKIA yang lain menunjukkan surat kelulusan geo fencing ketika hadir pada sidang akhbar di KKIA, Kota Kinabalu. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Kira-kira 180 pemandu perkhidmatan teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merayu supaya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan pihak berwajib menguatkuasakan segera 'geo fencing' atau halangan terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing.
Pengerusi Persatuan Limousin dan Teksi KKIA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada tindakan diambil sehingga kini walaupun keputusan untuk melaksanakan 'geo fencing' telah dibuat membabitkan kerajaan negeri serta pihak berkuasa.
"Sampai bila kami harus diperlakukan seperti ini, aduan demi aduan dibuat tetapi tiada tindakan walaupun perkara itu sudah dipersetujui pelbagai pihak termasuk mendapat sokongan kerajaan negeri.
"Ada dakwaan mengatakan harga tambang teksi limousin KKIA lebih mahal berbanding perkhidmatan e-hailing, tetapi harga ini bukan kami tentukan, kerajaan yang tentukan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di KKIA di sini, pada Selasa.
Shamsuddin mempunyai bukti kukuh termasuk minit mesyuarat yang jelas bahawa pemandu bagi perkhidmatan e-hailing sudah tidak dibenarkan menunggu pelanggan di KKIA.
Sementara itu, seorang pemandu teksi KKIA, Tamrin Abidin, 62, memaklumkan pendapatannya terjejas sejak pemandu e-hailing beroperasi mengambil penumpang dalam kawasan KKIA.
Katanya, setiap bulan hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM450 saja berbanding sebelum ini.
"Kami tiada pilihan jika penumpang memilih perkhidmatan e-hailing memandangkan harga yang ditawarkan lebih murah sedangkan tambang bagi teksi lapangan terbang ditentukan kerajaan.
"Disebabkan itu perlunya pihak berkaitan lindungi kami dengan tidak membenarkan perkhidmatan e-hailing beroperasi di dalam terminal," katanya.
Sehubungan itu, dia berharap kerajaan dapat melindungi semua pengusaha teksi yang sekian lama menjadikan perkhidmatan ini sebagai sumber pendapatan utama.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#teksi
#Shamsuddin Mohd Shah
#KKIA
#LPKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan