awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendirian Malaysia dalam WHO CA+, pindaan IHR 2005 untuk jaga kepentingan kesihatan awam

Bernama
Bernama
27/10/2023
09:16 MYT
Pendirian Malaysia dalam WHO CA+, pindaan IHR 2005 untuk jaga kepentingan kesihatan awam
Dr Muhammad Radzi berkata proses rundingan WHO CA+ dan IHR 2005 itu tidak terhad kepada bidang kesihatan awam sahaja, malah turut meliputi bidang lain yang berkaitan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pendirian Malaysia dalam rundingan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) adalah jelas iaitu menjaga kepentingan kesihatan awam selaras dengan undang-undang dan kedaulatan negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Dr Muhammad Radzi berkata proses rundingan WHO CA+ dan IHR 2005 itu tidak terhad kepada bidang kesihatan awam sahaja, malah turut meliputi bidang lain berkaitan seperti perdagangan, persekitaran, geopolitik dan sosioekonomi.
Justeru, katanya Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai penyelaras kedua-kedua rundingan itu telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara untuk memastikan kedaulatan undang-undang Malaysia terpelihara dan kepentingan rakyat diutamakan.
Beliau menerusi kenyataan hari ini berkata, penyertaan Malaysia dalam rundingan itu mencerminkan komitmen negara dalam usaha memperkukuhkan keselamatan kesihatan global dan pencegahan wabak pada masa hadapan.
"Prinsip asas Malaysia, termasuk kedaulatan dan autonomi, keadilan dan solidariti, kesamarataan, keperluan dalam membina sistem penjagaan kesihatan yang lestari serta kesedaran awam dan ketelusan menjadi asas dalam setiap rundingan," katanya prinsip-prinsip itu turut mendapat sokongan daripada negara anggota WHO lain.
Dr Muhammad Radzi berkata keputusan muktamad hanya diberikan apabila semua negara anggota bersetuju dalam rundingan berkenaan.
Menurutnya, rundingan telah berlangsung sehingga kini melibatkan penyertaan delegasi negara anggota WHO termasuk Malaysia dan metodologi rundingan yang komprehensif memberi peluang untuk setiap negara menyuarakan pandangan masing-masing.
Dr Muhammad Radzi berkata setiap usul yang dimasukkan dalam draf bagi kedua-dua dokumen berkenaan dikupas secara terperinci dengan mengambil kira keupayaan dan kebolehlaksanaan negara anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO CA
#Malaysia
#kesihatan awam
#Muhammad Radzi Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan