awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung temukan mayat reput di Bukit Yong

Bernama
Bernama
03/07/2021
05:04 MYT
Penduduk kampung temukan mayat reput di Bukit Yong
Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Yong bergegas ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Satu mayat reput dan berkecai yang belum diketahui jantina dijumpai oleh penduduk kampung berhampiran sebuah kebun di Bukit Yong, di sini, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata berdasarkan laporan, penduduk terhidu bau busuk ketika melalui jalan ke kebun di lokasi tersebut sebelum bertindak mencari punca bau itu lalu terjumpa mayat yang sudah reput dan berkecai kira-kira 6.30 petang.
"Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Yong bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ketika ditanya mengenai dakwaan yang tular mengatakan mayat tersebut dikerat lapan, Abdullah berkata perkara tersebut belum dapat disahkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Apa yang kita tahu mayat sudah reput dan kemungkinan dimakan oleh haiwan liar. Sehingga kini sepasukan anggota daripada Bahagian Forensik masih menjalankan siasatan di tempat penemuan mayat itu.
"Segala maklumat akan dimaklumkan kemudian termasuk status mayat dan jantina," katanya dan menambah polis juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang di kawasan berkenaan, setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#reput
#kerat lapan
#Bukit Yong
#Abdullah Muhammad Piah
#bau busuk
#mayat berkecai
#dimakan haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan