awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk mengeluh tiada air selama 2 minggu (Video)

Haider Yutim
Haider Yutim
09/01/2013
22:45 MYT
Penduduk mengeluh tiada air selama 2 minggu (Video)
Astro Awani membuat tinjauan untuk menemui beberapa penduduk di Taman Nirwana dan Kampung Pandan Dalam untuk mendapatkan reaksi mereka tentang krisis air di kawasan mereka.
Salah seorang penduduk, S. Loganathan berkata beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menghadapi situasi harian dengan bergantung kepada jumlah air yang sedikit.
"Mereka ada menghantar tangki air tetapi kadang-kala mereka datang pada waktu bekerja jadi saya sering terlepas," katanya ketika ditanya berapa kerap Syabas menghantar tangki air.
Seorang lagi penduduk, Syahid Syirati yang merupakan seorang guru sekolah agama berkata keadaan air tersebut menjadikan ia sukar bagi kanak-kanak di sekolah itu kerana mereka perlu membersihkan diri, pergi ke tandas, berwuduk dan juga minum.
"Sebagai seorang guru saya perlu mengingatkan pelajar supaya betul-betul berjimat dan menggunakan air sesedikit yang mungkin," jelasnya.
Khadijah Adari, juga seorang guru yang tinggal di kawasan ini menyifatkan situasi ini sebagai menyusahkan.
“Kami yang berhadapan dengan isu kekurangan air ini terpaksa mencari alternatif lain seperti pergi ke rumah ibu bapa dan saudara mara. Ini menyebabkan kos perbelanjaan kami bertambah disebabkan perjalanan pergi dan balik dari rumah kami ke rumah saudara-mara kami,” kata Khadijah.
Sementara itu, seorang pemilik kedai dobi, Siew Seong Bee mengharapkan pihak Syabas menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana terpaksa menghadapi berbagai masalah.
“Saya perlu guna air yang banyak untuk kedai dobi saya. Pelanggan kami termasuk hotel-hotel di sekitar kawasan ini. Disebabkan kekurangan air kami tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan pihak hotel tidak mengambil kira masalah yang kami hadapi,” kata Siew.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Kampung Pandan Dalam
#krisis air
#SYABAS
#Taman Nirwana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan