awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk resah, tebing sungai terhakis

Salim Aziz
Salim Aziz
28/01/2018
04:21 MYT
Penduduk resah, tebing sungai terhakis
Keadaan tebing yang terhakis akibat aktiviti mengorek pasir di sepanjang Sungai Ketil Baling, Kedah. - Astro AWANI
Penduduk di beberapa buah kampung sepanjang Sungai Ketil, Baling Kedah bimbang dengan ancaman tanah runtuh hakisan sedalam lima meter dalam tempoh tiga bulan berhampiran kampung mereka.
Ancaman hakisan itu berpunca daripada kerasukan aktiviti pengambilan pasir oleh kira-kira 20 buah syarikat.
Aktiviti mengorek pasir juga mengakibatkan jalan berturap menjadi mendap dan dusun buah-buahan penduduk 'lesap' akibat hakisan.
Aktiviti membawa keluar pasir rancak dilakukan ketika waktu malam antara pukul 11 malam hingga 2.30 pagi.
Bagi penduduk kampung Rokiah Ismail mendakwa aktiviti dilakukan pada waktu malam dan akan mula melakukan proses mengorek pasir sebelum keluar pada pukul 2.30 pagi.
"Macam mana makcik nak tidur... Kadang kala sampai 10 unit lori keluar masuk," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung Ahmad Hashim melahirkan rasa kecewa kerana Pejabat Tanah dan Daerah termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran negeri tidak mengendahkan masalah itu walaupun bantahan telah dilakukan.
"Saya marah sangat sebab harta benda kami rosak. Mereka hendak korek pasir tetapi harta benda dan keselamatan kami terganggu.
"Saya berharap sangat aktiviti ini dapat dihentikan dan pihak berwajib segera turun padang melihat kemusnahan yang berlaku," katanya.
Topic Berkaitan
#Baling
#bimbang
#hakisan
#Kedah
#keselamatan
#Sungai Ketil
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan