awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penembusan jalur lebar kini 66.7 peratus - KPKK

Bernama
Bernama
02/02/2013
09:31 MYT
Penembusan jalur lebar kini 66.7 peratus - KPKK
Kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara kini mencecah 66.7 peratus berbanding hanya 22 peratus pada 2008.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata setakat suku ketiga tahun lepas, jumlah pelanggan telefon selular di negara ini telah melebihi 39 juta.
Selari dengan perkembangan positif di peringkat kebangsaan, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Sarawak juga menunjukkan petanda positif dengan 54.9 peratus setakat ini, kata kenyataan itu yang dikeluarkan sempena Karnival Jalur Lebar 1Malaysia, di sini.
"Untuk meluaskan lagi penggunaan jalur lebar di luar bandar, lebih banyak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Kampung Tanpa Wayar (KTW) telah dibangunkan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu di Sarawak terdapat empat Pusat Internet Desa, 34 PI1M dan 828 KTW setakat ini. Perasmian karnival itu dilakukan Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom.
Topic Berkaitan
#1Malaysia
#jalur lebar
#kpkk
#KTW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan