awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerangan berkenaan Islam sebenar perlu diperjelas - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/09/2019
21:17 MYT
Penerangan berkenaan Islam sebenar perlu diperjelas - Tun Mahathir
Dr Mahathir bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan serta Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk menubuhkan satu saluran televisyen.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penerangan berkenaan agama Islam dan penganutnya perlu diterangkan secara jelas dan benar kepada dunia.
Menurutnya, kini terdapat banyak laporan tidak tepat yang dibuat terhadap Islam, hingga ada yang melabel umat Islam sebagai penjenayah dan sebagainya.
Dr Mahathir bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan serta Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk menubuhkan satu saluran televisyen yang akan menerangkan Islam secara terperinci dan benar.
“Kami berpendapat bahawa banyak laporan-laporan yang dibuat berkenaan orang Islam dan agama Islam tidak tepat selain tidak menepati ajaran Islam sebenar hingga ada pihak yang melabel orang Islam sebagai penjenayah dan sebagainya.
“Ini nampaknya diterima oleh seluruh dunia sebagai benar. Sebaliknya, Islam bukanlah agama yang ganas.
“Jadi kami berpendapat bahawa satu usaha mesti dibuat oleh ketiga-tiga negara ini untuk menjelaskan apa sebenarnya agama Islam, supaya tidak ada lagi kekeliruan dan tidak akan dituduh sebagai agama yang menggalakkan keganasan,” katanya pada sidang media yang mengakhiri lawatan kerja lima hari beliau ke Amerika Syarikat pada Sabtu.
Ujarnya, usaha itu akan digerakkan dengan kerjasama Jabatan Penerangan daripada ketiga-tiga buah negara.
Ketiga-tiga pemimpin itu bertemu di New York seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74 di Ibu Pejabat PBB di sini.
Topic Berkaitan
#agama
#Amerika Syarikat
#ekstremis
#imej
#Imran Khan
#Islam
#keganasan
#kekeliruan
#laporan tidak tepat
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#Pakistan
#PBB
#perhimpunan agung
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Recep Tayyip Erdogan
#saluran televisyen
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan