awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka tidak sabar tunggu pembinaan pusat dialisis di Felda Chiku 3

Bernama
Bernama
23/07/2023
23:45 MYT
Peneroka tidak sabar tunggu pembinaan pusat dialisis di Felda Chiku 3
Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan pusat dialisis di Felda Chiku 3 bagi kemudahan kesihatan peneroka. - Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Peneroka yang tinggal di beberapa tanah rancangan sekitar daerah ini tidak sabar menunggu pembinaan pusat dialisis di Felda Chiku 3.
Peneroka generasi pertama Felda Chiku 5, Bakri Mat Rof, 61, berkata sebelum ini pesakit dalam komuniti itu terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh untuk mendapatkan rawatan cuci buah pinggang.
"Setakat ini, tempat dialisis ada di klinik kerajaan yang terletak di Chiku 3, bagaimanapun tempat tersebut tidak mampu menampung keperluan pesakit.
"Apabila adanya pusat dialisis yang lebih besar dan selesa, keadaan ini dapat mengurangkan beban selain jaraknya yang lebih dekat dengan rumah peneroka," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan pusat dialisis di Felda Chiku 3 bagi kemudahan kesihatan peneroka kerana penduduk di tanah rancangan sukar untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Peneroka generasi baharu, Mohd Zamani Mohamed, 41, pula mengakui ada sesetengah pesakit buah pinggang yang tinggal di kawasan Felda perlu mendapatkan rawatan hemodialisis di Hospital Gua Musang.
"Hospital ini terletak jauh iaitu 48 kilometer dari Felda Chiku 5 dan perjalanannya mengambil masa 45 minit hingga sejam.
"Rutin rawatan bagi pesakit buah pinggang ialah tiga kali seminggu, jadi jarak yang jauh membebankan mereka kerana terpaksa berulang-alik selain kos," katanya.
Mohd Zamani juga berkata rawatan cuci buah pinggang memakan masa empat jam bagi setiap sesi rawatan, justeru pembinaan pusat dialisis amat dinantikan oleh peneroka dan berharap ia dipercepat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Felda
#pusat hemodialisis
#cuci buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan