awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penetapan semula kata laluan Maybank2u hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE

Amanz
Amanz
20/09/2025
04:30 MYT
Penetapan semula kata laluan Maybank2u hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE
Penetapan semula kata laluan Maybank2u kini hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE untuk pengguna Individu dan Pemilik Tunggal, manakala pengguna M2UBiz dan M2E masih guna kaedah lama. -Foto fail/Amanz
MAYBANK memaklumkan bahawa penetapan semula kata laluan Maybank2u kini hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE.

Ringkasan AI
  • Penetapan semula kata laluan Maybank2u kini hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE untuk pengguna Individu dan Pemilik Tunggal, manakala pengguna M2UBiz dan M2E masih guna kaedah lama.
  • Pengguna boleh tukar kata laluan melalui tetapan keselamatan jika masih ingat, atau pilih Lupa Kata Laluan di aplikasi MAE jika terlupa, dengan pengesahan identiti melalui Secure2u, PIN, imbasan kad pengenalan/pasport dan swafoto.
  • Proses hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 24 jam atas faktor keselamatan.

Perubahan ini melibatkan pengguna Individu dan Pemilik Tunggal. Sementara itu, pengguna M2UBiz dan M2E masih boleh guna kaedah sedia ada seperti biasa.
Jika pengguna masih ingat kata laluan tetapi mahu menukarnya, mereka boleh log masuk ke aplikasi MAE dan buat kemas kini melalui tetapan keselamatan.
Jika terlupa kata laluan, mereka boleh menetapkannya semula sepenuhnya dalam aplikasi MAE dengan mengikuti langkah yang disediakan.
Untuk menetapkan semula, pengguna perlu memilih ‘Lupa Kata Laluan’ di halaman log masuk aplikasi.
Kemudian, sahkan identiti melalui Secure2u dengan menggunakan kaedah pengesahan yang sama seperti semasa pendaftaran sama ada menggunakan kad debit, kad kredit atau nombor akses.
Pengguna perlu masukkan PIN enam digit, imbas kad pengenalan atau pasport dan ambil swafoto untuk pengesahan.
Nama pengguna turut akan dipaparkan untuk semakan sebelum menetapkan kata laluan baharu dan mengesahkannya melalui Secure2u.
Proses ini hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 24 jam atas faktor keselamatan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Penetapan semula kata laluan
#Maybank2u
#Aplikasi MAE
#Individu dan Pemilik Tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan