awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal perubatan lulusan luar negara wajib proses verifikasi untuk daftar dengan MPM

Bernama
Bernama
11/07/2020
20:00 MYT
Pengamal perubatan lulusan luar negara wajib proses verifikasi untuk daftar dengan MPM
Menurut Dr Noor Hisham, proses verifikasi itu diwajibkan kepada semua pengamal perubatan warganegara dan bukan warganegara yang merupakan siswazah luar negara sebelum mereka didaftarkan dengan MPM. Foto: Bernama
Semua pengamal perubatan lulusan luar negara yang ingin berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajib melalui proses 'Primary Source Verification' untuk pengesahan ijazah dan transkrip mereka berkuat kuasa sejak 1 Jun tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.
Menurut Dr Noor Hisham, proses verifikasi itu diwajibkan kepada semua pengamal perubatan warganegara dan bukan warganegara yang merupakan siswazah luar negara sebelum mereka didaftarkan dengan MPM.
"Ini tidak melibatkan pengamal perubatan yang telah mendaftar dengan MPM sebelum 1 Jun 2020. Kaedah ini adalah untuk permohonan baru sahaja," katanya.
Keperluan melalui 'Primary Source Verification' diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia ke-395 pada 21 Jan tahun ini susulan terdapat kekeliruan antara pengamal perubatan mengenai pelaksanaan keputusan itu.
Pendaftaran dengan MPM adalah bertujuan untuk memohon Sijil Pendaftaran Penuh, Sijil Pendaftaran Sementara, Sijil Perakuan Amalan Sementara, pendaftaran bagi tujuan pascasiswazah atau latihan klinikal pascasiswazah atau fellowship atau 'clinical attachment'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#luar negara
#Majlis Perubatan Malaysia
#pengamal perubatan
#Primary Source Verification
#verifikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan