awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh jiran berumur 71 tahun

Bernama
Bernama
31/07/2014
23:45 MYT
Penganggur didakwa bunuh jiran berumur 71 tahun
Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh jirannya yang berumur 71 tahun dengan menggunakan sebilah pisau pada minggu lepas.
Rasid Oasis, 34, didakwa membunuh Swa Kim Chia@ Chua Ah May, di sebuah rumah di alamat 95 A, Jalan Union Off Jalan Sentul, di sini, pada pukul 6.30 petang, 23 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Rasid yang berasal dari Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prakdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#bunuh
#dakwa
#Rasid Oasis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan