awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka diteruskan

Bernama
Bernama
14/03/2026
04:01 MYT
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka diteruskan
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac ini akan diteruskan seperti dirancang. - Gambar fail/Bernama
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac ini akan diteruskan seperti dirancang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
“Negeri Melaka akan terus menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini pada tarikh yang telah kita tetapkan iaitu pada 28 Mac ini dan ia bagi meraikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Moreh Ketua Menteri Bersama Media Melaka di sebuah restoran, di sini, malam tadi.
Pada perhimpunan bulanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Mac lepas, Ketua Menteri mengumumkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini bakal berkonsep ‘Melaka Sayang Rakyat’ dan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah terbuka Aidilfitri
#Melaka
#terus anjur
#Ab Rauf Yusoh
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan