awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengantin berbulan madu di Amsterdam tukar penerbangan MH17

Agensi
Agensi
18/07/2014
05:38 MYT
Pengantin berbulan madu di Amsterdam tukar penerbangan MH17
Sepasang pengantin baru yang bercuti bulan madu di Netherlands memilih penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sehari lebih awal.
Sepasang pengantin baru yang bercuti bulan madu di Netherlands memilih penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sehari lebih awal dan tidak jadi menaiki penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, dekat sempadan dengan Rusia.
Simone La Posta dan suaminya, Juan Jovel tiba di Adelaide pada pagi Jumaat dan menerima berita kematian semua penumpang dan anak kapal pesawat penerbangan yang mereka batalkan tempahannya itu.
"Kami terbang ke KL (Kuala Lumpur) dari Amsterdam dengan penerbangan MH17 sehari sebelumnya," kata wanita itu di Adelaide seperti dipetik oleh ABC News.
"Kami asalnya menempah penerbangan itu tetapi kemudian menukarnya kerana takut terlalu penat untuk bekerja pada Isnin."
Mereka bagaimanapun diletakkan dalam senarai menunggu kerana penerbangan sehari awal itu telah penuh ditempah dan hanya pada saat akhir mereka dapat menukar penerbangan yang lebih awal.
"Ini seperti mimpi dan nyata apabila memikirkan kalau sehari kemudian, saya tidak akan berdiri di sini," katanya.
Wanita itu merasakan dirinya sangat beruntung dan bersyukur tetapi pada masa yang sama beliau bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang penerbangan MH17 yang tidak jadi dinaiki olehnya itu.
Katanya, dia mengemaskinikan status di Facebook sebaik tiba pada pukul 7 pagi waktu tempatan di lapangan terbang di Adelaide untuk memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan bahawa mereka selamat.
Sejak tiba di Adelaide, pasangan itu mendapat banyak mesej dan panggilan telefon daripada ahli keluarga serta rakan-rakan.
La Posta mengaku perhatian ahli keluarga dan rakan-rakannya itu membuatkan beliau sangat memahami apa yang dilalui oleh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mereka yang terbunuh dalam nahas itu.
Jovel senada dengan apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Beliau turut merakamkan simpati kepada Malaysia Airlines yang berdepan dengan satu lagi tragedi pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan