awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat didakwa palsu dokumen pembaharuan lesen milik syarikat minyak dan gas

Bernama
Bernama
26/01/2022
09:02 MYT
Pengarah syarikat didakwa palsu dokumen pembaharuan lesen milik syarikat minyak dan gas
Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi pembaharuan lesen daripada sebuah syarikat minyak dan gas, empat tahun lepas.
Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Menara Berkembar Petronas di sini, pada 26 April 2018.
Dokumen itu menyatakan dia bukan pemegang amanah bagi pegangan saham syarikat Aker Engineering Malaysia untuk permohonan pembaharuan lesen SWEC melalui Enterprise Buyer Portal, milik syarikat minyak dan gas itu yang tertuduh ketahui dokumen tersebut adalah palsu kerana dia adalah pemegang amanah syarikat tersebut untuk pegangan saham berkenaan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Law Chin How menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan jumlah jaminan itu tidak dibantah oleh peguam S.Devanandan, yang mewakili Mohd Yusof.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#palsukan dokumen
#pengarah sebuah syarikat kejuruteraan
#SPRM
#Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan