awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasingan dispensari: Berikan pengguna pilihan, kata Fomca

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2015
13:08 MYT
Pengasingan dispensari: Berikan pengguna pilihan, kata Fomca
Paul mahukan pengguna diberi pilihan dan percaya mereka akan membuat pilihan terbaik. - Gambar fail
Perkara utama adalah untuk menawarkan pilihan kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan terbaik mengikut keperluan dan kesesuaian diri, kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj.
Beliau berkata demikian dalam wawancara langsung AWANI 7.45 pada Rabu ketika diminta mengulas mengenai isu pengasingan dispensari atau pemisahan fungsi klinik dan farmasi.
“Saya rasa dalam isu ini, pengguna harus diberi pilihan demi kebaikan masa depan.
“Pada masa sekarang, pengguna tidak tahu (pecahan) harga sewaktu mereka membayar di klinik – bahagian apa untuk rawatan dan bahagian apa untuk perubatan,” ujar Paul yang menambah bahawa caj yang dikenakan perlu lebih bersifat telus.
Jelas beliau, ketelusan itu membolehkan pengguna menilai terus sama ada lebih berbaloi untuk mengambil ubat daripada doktor ataupun farmasi.
“Jika pengguna ditawarkan pilihan, saya berpendapat bahawa mereka akan mendapat rawatan terbaik daripada doktor dan perubatan yang terbaik pada harga rendah daripada farmasi,” ujar beliau.
Apabila ditanyakan mengenai kemungkinan wujudnya senario kerumitan pengguna jika pengasingan dispensari ini terjadi, Paul memberi isyarat bahawa hal itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna sendiri.
“Sebenarnya, amalan tersebut (pengasingan dispensari) telahpun dijalankan di banyak negara. Ini bukan perkara yang baru.
“Kepakaran doktor memang dalam bidang rawatan, tetapi pengguna (sekarang ini) tidak tahu harga sebenar yang dibayar untuk perubatan,” kata Paul.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika ada kos perubatan klinik lebih murah daripada farmasi dan itu tentunya memudahkan urusan seseorang pesakit.
Dalam situasi lain, jika pesakit itu memerlukan bekalan perubatan untuk jangka masa panjang, mereka mungkin beralih pula melihat harga yang ditawarkan di farmasi.
“Pendirian kami (Fomca) adalah pengguna perlu diberi pilihan dan biarkan mereka buat keputusan yang terbaik untuk diri mereka,” ujar Paul.
Topic Berkaitan
#farmasi
#Fomca
#klinik
#Paul Selvaraj
#pengasingan dispensari
#perubatan
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan