awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR

Bernama
Bernama
12/09/2015
04:54 MYT
Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR
Siasatan di lokasi kejadian mendedahkan terdapat kesan darah dari tempat mangsa dijumpai sehingga di belakang Blok C di mana motosikal mangsa jenis Modenas ditemui. - Gambar Fail
Seorang pengawal keselamatan ditemui mati selepas dipercayai diserang dua lelaki di Blok D PPR Intan Baiduri, Kepong dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata mayat mangsa berusia 39 tahun itu ditemui terbaring bersebelahan sebuah kereta di tempat meletak kenderaan blok berkenaan oleh seorang penduduk yang sedang menjalankan rondaan keselamatan, pukul 11 malam.
"Menurut saksi, mangsa dilihat diserang dua lelaki menaiki motosikal di blok C dan telah berlaku pergaduhan sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.
"Mangsa dipercayai diserang menggunakan senjata tajam menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tengah belakang kepala, ibu jari dan siku dan mati di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Munusamy berkata berdasarkan siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan darah dari tempat mangsa dijumpai sehingga di belakang Blok C di mana motosikal mangsa jenis Modenas ditemui.
"Mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau bersabit jenayah dan narkotik. Motosikal milik mangsa terdapat kesan pecah dan didapati menggunakan nombot plat palsu," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Blok D
#Hospital Kuala Lumpur
#modenas
#PPR Intan Baiduri
#R.Munusamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan