awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan kes bunuh pelajar didakwa di mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2015
05:54 MYT
Pengawal keselamatan kes bunuh pelajar didakwa di mahkamah
Suspek yang membunuh Intan Suraya Mawardi (gambar) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, bulan lalu.
Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 20, didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, di dalam rumah blok 5-1-18 Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar antara jam 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Oktober lepas.
Tarmizi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh yang tidak diwakili peguam, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.
Mayat Intan Suraya, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dengan kesan kelar di leher dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada jam 7.30 malam.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan tertuduh yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Bayan Lepas,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek mengakui kepada polis yang dia telah merogol sebelum membunuh mangsa akibat cemburu.
Mangsa sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#bunuh pelajar
#Intan Suraya Mawardi
#Mahkamah Majistret
#pengawal keselamatan
#Tarmizi Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan