awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan pun nak samun...

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/09/2020
13:24 MYT
Pengawal keselamatan pun nak samun...
Dua suspek yang menaiki motosikal datang ke pondok pengawal. -Gambar/ Media sosial
Dua pengawal keselamatan warga Nepal hampir cedera dilibas dengan parang dalam kejadian samun di sebuah kawasan perumahan di Sri Hartamas di sini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi Jumaat.
"Dua pengawal keselamatan warga Nepal yang berada di pondok pengawal didatangi dua suspek yang menaiki motosikal.
"Kejadian berlaku apabila pengawal keselamatan meminta suspek mendaftarkan butiran diri kerana ingin masuk ke dalam kawasan perumahan terbabit.
"Suspek bagaimanapun bertindak merampas telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa serta cuba mencederakan mangsa menggunakan parang tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata kedua pengawal keselamatan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek dalam kes ini dan sedang giat memburu mereka," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#keselamatan
#mangsa
#pengawal keselamatan
#polis
#samun
#Subang Jaya
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan