awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan tiada kuasa minta, imbas kad pengenalan - JPN

Bernama
Bernama
10/06/2025
08:40 MYT
Pengawal keselamatan tiada kuasa minta, imbas kad pengenalan - JPN
JPN memaklumkan hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
PUTRAJAYA: Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mahupun hak untuk meminta, memegang atau mengimbas kad pengenalan (MyKad) orang awam, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ringkasan AI
  • Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta, memegang atau mengimbas MyKad orang awam, hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang.
  • Penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad oleh pihak swasta adalah dilarang dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyerahkan MyKad kepada individu tidak berkuasa dan melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa.

JPN dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, iaitu pegawai JPN, pegawai polis, pegawai kastam, anggota tentera yang sedang bertugas, serta pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.
"Sebarang tindakan oleh pengawal keselamatan untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan," menurut kenyataan itu.
JPN turut menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu," menurut JPN.
Bernama menghubungi JPN bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu terbabit, susulan satu hantaran yang tular melalui media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.
Tindakan pegawal keselamatan itu mencetuskan persoalan orang awam mengenai kesahannya dari aspek undang-undang.
Sebagai langkah keselamatan, JPN menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa, serta segera melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#mykad
#Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
#alat elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan