awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: 'Biar Trump hantar kapal ke Teluk kalau berani' - IRGC
Pentadbiran Trump dijangka umum pakatan iring kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Tehran sedia hadapi perang berpanjangan, Israel luaskan serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeboman hospital, sekolah bukan “silap perhitungan” tetapi jenayah perang – Ketua WHO

Bernama
Bernama
15/03/2026
17:42 MYT
Pengeboman hospital, sekolah bukan “silap perhitungan” tetapi jenayah perang – Ketua WHO
Sekurang-kurangnya 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara di Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di Bandar Minab, selatan Iran pada 28 Feb, apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama. - Gambar Reuters
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk sekeras-kerasnya pada Ahad serangan terbaharu terhadap hospital, sekolah dan kakitangan perubatan dalam konflik yang sedang berlaku di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau menegaskan, tindakan sedemikian tidak boleh dianggap sebagai "silap perhitungan " atau "kebinasaan lingkungan " sebaliknya perlu diiktiraf sebagai jenayah perang.
"Mengebom hospital atau sekolah bukan satu 'kesilapan perhitungan.' Membunuh paramedik bukan 'kebinasaan lingkungan.' Membiarkan orang awam kebuluran bukan 'taktik rundingan.' Ini adalah jenayah perang. Noktah. Panggil ia dengan nama yang sewajarnya," kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi laman media sosial X.
Sekurang-kurangnya 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara di Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di Bandar Minab, selatan Iran pada 28 Feb, apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama.
Sehingga kini, serangan itu telah mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, manakala lebih 10,000 lagi cedera.
Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Konflik itu turut merebak ke Lubnan dengan tentera Israel memperluaskan serangan yang telah mengorbankan lebih 800 orang dan mencederakan lebih 2,000 yang lain sejak 2 Mac, di tengah-tengah serangan rentas sempadan dengan Hizbullah.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#WHO
# Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Iran
#AS
#Ali Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan