awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar dadah warga Indonesia ditahan di Miri

Bernama
Bernama
10/11/2019
20:59 MYT
Pengedar dadah warga Indonesia ditahan di Miri
Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan
Seorang penganggur warga Indonesia ditahan serta dadah bernilai RM1,000 dirampas dalam serbuan di Taman Rekreasi pekan Batu Niah pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pada pukul 9.15 pagi bersama 5.65 gram dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam kotak rokok kecil.
"Di dalam kotak rokok tersebut mengandungi 19 keratan tiub straw pelbagai saiz yang diisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan.
Lim berkata, siasatan awal mendapati suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
"Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya sambil menyatakan permohonan reman akan dibuat hari ini (Isnin).
BACA: Polis rampas dadah bernilai RM50,000 di Miri
BACA: Lapan sekeluarga antara ditahan positif dadah di Miri
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Indonesia
#ketulan kristal
#kotak rokok
#Lim Meng Seah
#methamphetamine
#Miri
#penganggur
#pengedar
#polis
#reman
#siasatan
#suspek
#Taman Rekreasi pekan Batu Niah
#tiub straw
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan