awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedaran minyak masak subsidi mengikut zon diperluas - Fuziah

Bernama
Bernama
14/05/2025
08:59 MYT
Pengedaran minyak masak subsidi mengikut zon diperluas - Fuziah
Fuziah berkata inisiatif berkenaan setakat ini telah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak. - Gamnbar fail
JOHOR BAHRU: Pengedaran minyak masak bersubsidi mengikut zon akan diperluas ke seluruh negara berdasarkan keberkesanannya dalam memastikan bekalan barangan terkawal itu mencukupi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata syarikat pembungkusan diwajibkan menghantar bekalan secara berkala kepada Point of Sales (POS) merangkumi pasar raya dan peruncit menerusi zon yang ditetapkan sekali gus mengatasi masalah terputus bekalan terutama di kawasan terpencil.
Beliau berkata inisiatif berkenaan setakat ini telah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
"Sebelum ini taburan (kawasan) syarikat pembungkusan mungkin tidak diselaraskan, jadi ia mungkin (menyebabkan) ada tempat yang tidak ada bekalan.
"Contohnya, di daerah Mersing sebelum ini kadangkala terputus bekalan, apabila terima aduan dan dikaji balik kita dapati Mersing mendapat bekalan dari Kuantan. Jadi, dengan pengezonan ini kita dapat pastikan ia dihantar terus ke POS," katanya pada sidang media selepas melawat sebuah syarikat pembungkus minyak masak subsidi di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan dengan membabitkan 330 syarikat pembungkus di seluruh negara.
Justeru, Fuziah berkata pelaksanaan pengedaran mengikut zon akan turut dilaksanakan di Johor bermula esok.
"Pelaksanaan zon agihan minyak masak subsidi di Johor melibatkan 17 lokasi POS yang akan menerima bekalan secara berkala daripada 19 syarikat pembungkus dan pemborong sah," katanya.
Beliau berkata langkah itu bertujuan menjamin ketersediaan dan capaian berterusan minyak masak subsidi pada peringkat daerah, khususnya bagi kegunaan isi rumah berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengedaran minyak masak
#subsidi
#barangan terkawal
#Fuziah Salleh
#Zon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan