awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran minyak terjejas, Malaysia belum putuskan nilai semula subsidi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/09/2019
11:06 MYT
Pengeluaran minyak terjejas, Malaysia belum putuskan nilai semula subsidi
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan The Putrajaya Boat Race 2019 yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Kerajaan masih belum menetapkan sebarang keputusan sama ada untuk menilai semula subsidi petrol ataupun tidak susulan penggantungan sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penggantungan sementara itu dilihat bakal memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia.
“Kalau dia terpaksa henti pengeluaran minyak yang ditapis sebanyak satu bilion barrel, tentu mempunyai kesan terhadap harga minyak di seluruh dunia.
“Di Malaysia ini bila harga minyak naik kita beri subsidi. Kalau di United Kingdom, harga minyak naik ia akan naikkan cukai.
“Jadi bagi dia (UK), orang dia tak mengadu, tapi sebenarnya harga minyak di Malaysia ini adalah antara yang termurah di dunia,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada beliau akan menilai semula subsidi petrol, Dr Mahathir tidak menyatakannya secara terperinci.
Pada Sabtu, Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Bin Salman mengakui, penggantungan itu disebabkan oleh serangan yang dilakukan pemberontak Yemen.
Ia sekali gus mengganggu kira-kira separuh penghasilan keseluruhan syarikat berkenaan iaitu gangguan pada kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#Aramco
#harga minyak
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan