awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara perlu mohon 7 hari lebih awal jika masuk melalui PMA Johor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
28/08/2021
13:09 MYT
Pengembara perlu mohon 7 hari lebih awal jika masuk melalui PMA Johor
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, langkah itu itu dibuat mengambil kira kadar kemasukan yang agak tinggi melibatkan PMA di Johor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pengembara yang berhasrat memasuki negara menerusi pintu masuk antarabangsa (PMA) di Johor perlu membuat permohonan tujuh hari sebelum tiba di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, langkah itu dibuat mengambil kira kadar kemasukan yang agak tinggi melibatkan PMA di Johor.
"Semua permohonan perlu dikemukakan kepada [email protected] iaitu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke Malaysia.
"Pengembara juga perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan ujian RT-PCR COVID-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum berlepas," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan, KKM akan mempertimbangkan permohonan untuk menjalani kuarantin di rumah sekiranya permohonan menepati syarat dan kriteria.
"Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia termasuk penduduk tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan pekerja.
"Mereka juga harus negatif ujian RT-PCR COVID-19 serta sudah lengkap vaksinasi COVID-19 dan mempunyai rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian," katanya lagi.
Mengulas mengenai individu lengkap dua dos vaksin, Dr Noor Hisham memaklumkan, ia juga perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan KKM.
Individu yang lengkap divaksin adalah individu yang memenuhi kriteria-kriteria iaitu jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)], mereka mestilah sudah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
"Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan," ujarnya.
Sementara itu, bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara yang tidak menepati syarat perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan selain perlu menanggung kos sendiri.
Ini termasuk keperluan untuk menjalani ujian saringan RT-PCR sebaik sahaja tiba di PMA.
Topic Berkaitan
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#PMA
#COVID-19
#rT-PCR
#ujian saringan
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan