awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara tidak lengkap borang dalam MySejahtera punca kesesakan di KLIA - Jabatan Imigresen

Bernama
Bernama
05/04/2022
10:25 MYT
Pengembara tidak lengkap borang dalam MySejahtera punca kesesakan di KLIA - Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen berkata situasi kesesakan itu berjaya diatasi dengan kerjasama beberapa pihak di KLIA seperti Kementerian Kesihatan, Malaysia Airports Holding Bhd dan syarikat penerbangan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kesesakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada Ahad lepas (3 April) berpunca daripada pengembara antarabangsa yang tidak melengkapkan borang pengembara dalam aplikasi MySejahtera, menurut Jabatan Imigresen.
Ekoran itu, pegawai imigresen terpaksa membantu pengembara terbabit sehingga menyebabkan kelewatan dan kesesakan, menurut jabatan itu dalam catatan di laman Facebook hari ini.
Pada hari berkenaan juga, terdapat jemaah umrah dari Indonesia yang transit di KLIA dan kehadiran mereka tanpa pengurusan pihak yang mengendalikan transit itu telah menyumbang kepada kesesakan tersebut.
Terhadap dakwaan Jabatan Imigresen hanya membuka tiga kaunter sahaja pada hari tersebut, jabatan itu menjelaskan bahawa pihaknya membuka sepenuhnya 26 kaunter termasuk kaunter pintu automatik di terminal udara itu.
Jabatan Imigresen berkata situasi kesesakan itu berjaya diatasi dengan kerjasama beberapa pihak di KLIA seperti Kementerian Kesihatan, Malaysia Airports Holding Bhd dan syarikat penerbangan.
"Sebagai agensi barisan hadapan di pintu masuk negara, Jabatan Imigresen akan terus memberikan komitmen terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan urusan keluar masuk pelancong dan pelabur asing serta warga tempatan berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buka sempadan
#MySejahtera
#Imigresen
#KLIA
#pelancong
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan