awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendalian dron tidak dibenarkan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan - CAAM

Bernama
Bernama
28/08/2023
14:33 MYT
Pengendalian dron tidak dibenarkan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan - CAAM
Pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA) sebelum dan pada Hari Kebangsaan adalah dilarang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM). - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA) sebelum dan pada Hari Kebangsaan adalah dilarang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata larangan tersebut, adalah bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, terutamanya yang membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang awam serta pesawat-pesawat yang sedang beroperasi.
"Pengunaan dron tanpa kelulusan dikuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos.
"Aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Norazman berkata sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan harta benda, adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 ( Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Kuala Lumpur Terminal Control Area
#pengendalian dron
#tidak dibenarkan
#CAAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan