awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji dilantik Presiden UIAM ke-10

Bernama
Bernama
01/07/2025
11:30 MYT
Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji dilantik Presiden UIAM ke-10
Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-10 bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. - Foto Facebook KPT
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-10 bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang tamat tempoh sebagai Presiden UIAM kesembilan semalam.
Lantikan itu mendapat perkenan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.
"Kementerian yakin pelantikan Abdul Rashid akan memperkukuh peranan UIAM sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang berteraskan nilai-nilai Islam, sekali gus meningkatkan keterlihatan dan daya saingnya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Kementerian turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Samsudin atas jasa bakti beliau sebagai Presiden UIAM sebelum ini," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan pelantikan Abdul Rashid adalah berdasarkan ketokohan dan kewibawaan beliau dalam sektor korporat negara terutama dalam bidang kewangan Islam.
Abdul Rashid, pengasas kepada Kumpulan Perbankan Rashid Hussain Berhad (RHB) juga merupakan Ahli Lembaga Gabenor UIAM sejak dilantik pada 2018 hingga kini selain menyandang jawatan Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka bermula 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji
#Abdul Rashid Hussain
#Presiden UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan