awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi MyWatch dipindahkan ke Hospital Serdang

Bernama
Bernama
29/07/2013
14:21 MYT
Pengerusi MyWatch dipindahkan ke Hospital Serdang
Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang cedera ditembak Sabtu lalu di Bahau, dekat sini, hari ini dipindahkan ke Hospital Serdang, Selangor.
Bapanya R. Ramakrishnan berkata beliau dimaklumkan anaknya dipindahkan kerana tiada pakar yang boleh melakukan pembedahan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) bagi mengeluarkan peluru yang tertanam di bahagian rusuk anaknya.
Sebelum ini, Sri Sanjeevan, 29, menerima rawatan di Hospital Jempol sejurus terkena tembakan itu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah dan HTJ di sini pada hari yang sama.
Ramakrishnan, 64, berkata doktor yang merawat anaknya di HTJ memaklumkan hati dan paru-paru Sri Sanjeevan terjejas akibat kecederaan tembakan itu.
"Kami cuba berbisik di telinganya namun dia tidak memberikan sebarang respons dan masih tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di HTJ, di sini hari ini.
Sementara itu, abang mangsa R. Sri Mohanadass berkata mengikut perancangan adiknya sepatutnya berlepas ke Brunei semalam atas urusan peribadi dan dijangka pulang ke Malaysia beberapa hari selepas itu.
"Biasanya sebelum berangkat ke luar negara dia akan pulang menemui keluarga di Kampung Taman Jaya, Bahau. Sabtu lalu lebih kurang pukul 7 pagi dia baru sahaja tiba di rumah keluarga. Malah dia yang menetap di Kuala Lumpur sempat makan tengah hari bersama keluarga dekat sini," katanya.
Katanya selepas makan tengah hari adiknya keluar dari rumah dan memberitahu dia mahu menemui rakannya sebelum mereka menerima panggilan telefon yang memaklumkan Sri Sanjeevan ditembak di Taman Cempaka, Bahau.
Dalam kejadian Sabtu lepas kira-kira 4.30 petang, Sri Sanjeevan yang memandu kereta jenis BWM bersama seorang rakannya untuk pergi minum ditembak dua lelaki menaiki motosikal ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, Bahau.
Topic Berkaitan
#Hospital Serdang
#Hospital Tuanku Ja'afar
#MyWatch
#R. Sri Sanjeevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan