awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggera berbunyi, perompak gagal rompak mesin ATM di Permyjaya

Bernama
Bernama
18/10/2014
03:24 MYT
Penggera berbunyi, perompak gagal rompak mesin ATM di Permyjaya
POLIS: Tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000. - Gambar Hiasan
Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permaijaya hari ini.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.
"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.
Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.
Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan.
Topic Berkaitan
#ATM
#Miri
#Permyjaya
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan