awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggiat industri pelancongan diseru kekal rasional, berhemat - Tiong

Bernama
Bernama
27/03/2026
10:07 MYT
Penggiat industri pelancongan diseru kekal rasional, berhemat - Tiong
Tiong berkata pihaknya juga giat mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengkaji langkah penyelesaian paling sesuai bagi membantu industri mengharungi cabaran semasa dengan lebih lancar. - Gambar fail/Bernama
Penggiat industri pelancongan diseru kekal rasional dan berhemat dengan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga atau memindahkan kos tidak wajar sehingga menambah beban rakyat serta pasaran.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau telah mengarahkan sesi libat urus menyeluruh bersama pemain industri pelancongan, termasuk daripada sektor pengangkutan pelancongan diadakan segera bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklum balas industri.
“Ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar yang sedang dihadapi penggiat industri, termasuk tekanan kos, kesan terhadap operasi dan potensi kerugian agar setiap langkah yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai maklum balas kepada tekanan yang dihadapi industri pelancongan negara susulan konflik global.
Tiong berkata pihaknya juga giat mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengkaji langkah penyelesaian paling sesuai bagi membantu industri mengharungi cabaran semasa dengan lebih lancar.
“MOF turut menyatakan sokongan terhadap usaha penyelarasan yang dijalankan dan akan menilai tahap keseluruhan impak dan skop yang terlibat berdasarkan data serta maklumat yang dikemukakan oleh pihak industri, bagi membolehkan penyelesaian yang lebih bersasar dirangka,” katanya.
Katanya kerajaan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan industri sebagai keutamaan dengan segala langkah berkaitan akan diperkenalkan secara berperingkat selepas penilaian menyeluruh serta pertimbangan yang teliti, bagi memastikan kelangsungan operasi industri di samping mengekalkan pembangunan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik
#pelancongan
#Asia Barat
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan