awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Huawei tak perlu risau

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2019
14:23 MYT
Pengguna Huawei tak perlu risau
Huawei akan terus mengemaskini perisian keselamatan untuk semua perantinya - Foto Fail
Susulan penggantungan perkhidmatan Google untuk Huawei, rata-rata pengguna di seluruh dunia mulai risau dengan peranti yang mereka guna ketika ini.
Ada yang menganggap ia sebagai sesuatu yang merugikan, malah ada yang berpendapat Huawei ada cara tersendiri untuk menghadapi situasi ini.
Menerusi kenyataan media di akaun Facebook rasmi Huawei Mobile, pihaknya akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua produk telefon pintar dan tablet Huawei.
BACA: Google tarik balik lesen Android buat Huawei, ini apa yang anda perlu tahu
BACA: Lesen Android ditarik balik, Huawei sudah ada 'Pelan B'
"Kami juga akan terus bina ekosistem perisian selamat dan lestari untuk pengalaman terbaik semua pengguna kami di seluruh dunia," jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Malah, Huawei juga yakin dengan sumbangan besar yang diberikan kepada perkembangan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.
"Sebagai rakan kongsi global utama Android, kami telah bekerjasama rapat dengan platform sumber terbuka untuk membangunkan ekosistem yang memberi manfaat untuk pengguna dan industri," tambah kenyataan itu lagi.
Kenyataan ini dilihat amat melegakan pengguna peranti dan tablet keluaran syarikat dari China ini.
Topic Berkaitan
#Android
#China
#Facebook
#Google
#Huawei
#keselamatan
#Media
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan