awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Twitter sambut baik had 10-subjek untuk SPM

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/03/2013
14:16 MYT
Pengguna Twitter sambut baik had 10-subjek untuk SPM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa had 10 mata pelajaran untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terus kekal.
Cadangan tersebut telah dicetuskan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2010.
Astro Awani telah mendapatkan respon dari pengikut Twitter berikutan perkara itu.
Rata-rata daripada mereka menyambut baik dan bersetuju dengan langkah tersebut serta menyifatkannya sebagai wajar.
Seorang pengguna Twitter, Redzanur Rahman berkata langkah itu wajar kerana telah tiba masanya untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.
Sementara bagi Ahmad Fauzan pula, ia sememangnya idea yang baik.
@501awani wajar! Krn dah tiba masa kita lahirkan pelajar berkualiti
— Redzanur Rahman (@rejady) March 9, 2013
@501awani Wajar. Menghentikan trend mengejar jumlah mata pelajaran, boleh ditumpu kepada kualiti ilmu yang ditimba.
— דניאל (@danieleskay) March 9, 2013
Wajar, seandainya skema peperiksaan dipertingkatkan. @501awani: Maksimum 10 matapelajaran dalam SPM.
— cik virgo (@aeinvircute) March 9, 2013
@501awani x semua pelajar bijak pandai.8 subjek cukup.
— Amalina Shah (@AmaleenaForever) March 9, 2013
Ada juga respon dari mereka yang neutral seperti pandangan dari Muhammad Aidil Idham Sharom, yang mengatakan langkah itu wajar jika ianya polisi sekolah, tetapi jika seseorang pelajar itu mahu mengambil lebih 10 mata pelajaran, dia patut dibenarkan.
@501awani jika polisi sekolah, ia wajar. Jika pilihan individu maka jangan disekat.
— محمد العايدي إلهام (@aaidilidham) March 9, 2013
Ada juga yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
seeloknya 9 RT @501awani: Maksimum 10 matapelajaran dalam SPM. Adakah ini wajar? Kongsi pendapat anda bersama kami.
— Admìnìstrator (@orahome) March 9, 2013
@501awani tak wajar
— Shameeeraaa (@shameerafirdaus) March 9, 2013
@501awani byak kot smpai 10sbjek . Kat #U pun satu sem max 7 sbjk je .
— Eyy Pyy (@yeeipeng) March 9, 2013
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon SPM mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Multaqa Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Zon Utara di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 2,300 guru agama.
Topic Berkaitan
#10 mata pelajaran
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan